Pasukan Kelantan menjadi pasukan pertama menjuarai Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2. Penyertaan pasukan Kelantan FA kali kedua sejak MPFL diperkenalkan pada 2019 meletakkan Kelantan sebagai salah satu pasukan yang membawa pulang piala kejuaraan dan akan terpahat dalam sejarah sukan futsal tanah air. Selaku juara, Kelantan membawa pulang hadiah kemenangan RM25,000.
Dengan berbekalkan rekod 10 kemenangan dan 1 seri dari keseluruhan 11 perlawanan juga merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas semusim dalam mana-mana kejohanan anjuran FAM setakat ini. Kelantan mengguli liga Divisyen 2 dengan 31 mata, meninggalkan pasukan Kedah 10 mata dihadapan. Pulau Pinang mencipta kebangkitan saat akhir apabila berjaya menempatkan mereka di kedudukan ke 3 liga mengatasi Malaysian University yang jatuh ke tangga ke 4.
Pasukan Kelantan dan Kedah akan meneruskan cabaran ke Play Off Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung 1 September ini. Lawan yang menanti mereka adalah 2 pasukan Divisyen 1, Terengganu dan KL City.